 | ..:Ahlan Wa Sahlan:. | Jun 2, 2007 |
Pejuang yg sejati mmpunyai hati yg keras dan kuat. keras, kerana tak mudah menngis krn dunia dan tidak suka melayan hal remeh temeh.
Kuat! keraskan hati! Kebalkan emosi! (cakap je..tp, air mata mengalir laju) .....
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah ala kulli hal...
Smg Allah mengkuatkan hati menghadapi dugaan.
Yang pasti, Syaitan kalah! Allahu Akbar!!!! aku menang! yes! yes! yes! aku menang!!!!!!
Mukmin lebih kuat! Mukmin menang!
Dan ana nak sahabat ana pun menang! menang melwan iblis laknatullah, yg tugasnya suka buat org bermusuh, bergaduh, saling marah.
Berlemah lembut sesama muslim. berikan pertolongan pada yg meminta. Maafkan saja kesilapansaudara mu dan senyumlah!
Jangan sesekali putarkan kembali kesilapan-kesilapannya yg lalu, bila dah maafkan. Jangan simpan dalam hati.
Contohi Rasulullah saw, pembawa rahmat seluruh alam.
Senyum dalam tangisan, sandaran kan segalanya kpd Allah! InsyaAllah bahagia dunia akhirat.
Senyum bila bertemu saudara mu. Ingat, Syaitan itu musuh mu yg NYATA.
Alhamdulillah! AKU MENANG! KAU KALAH WAHAI IBLIS.
jom...smbung baca kitab. (sat je online ni) Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: "Seorang muslim adalah saudara begi sesama muslim. kerana itu janganlah menganiayanya, jangan membiarkannya teraniaya, dan jangan menghinanya. taqwa tempatnya di sini! sambil beliau menunjuk ke dadanya 3 kali. -alangkah besar dosanya menghina saudaranya sesama muslim. setiap muslim haram menumpahkan darah saudaranya sesama muslim. haram merampas hartanya, dan haram mencemarkan kehormatan atau nama baik nya."
Dari Anas bin Malik r.a. katanya Rasulullah saw bersabda: "janganlah kamu saling marah, jangan saling dengki, dan jangan pula saling tak acuh satu sama lain. tetapi jadilah kamu semua bersaudara. tidak halal bagi seorang muslim menjauhi saudaranya (sesama muslim) lebih dari tiga hari."
dari kitab sohih muslim. bab kebajikan, silaturahim dan adab.
Apa yang dimaksudkan dengan hasad? Bila seseorang itu mengharap hilangnya nikmat yg ada pada org lain..sama ada dia nak kan nikmat tersebut atau tidak. fhm ker? hihi...
Apa yg dimaksudkan dgn saling tak acuh? Menjauhi seorang sahabt dgn sahabtnya yg lain.
Apa yg dimaksudkan dgn saling marah? lawannya, tidak berkasih syg. dan kelazimannya membawa kpd permusuhan.
Pengajaran: Berlemah lembut dgn sesama muslim, berkasih sayang, jangan saling mendengki, marah2, kalau dah marah2, mintak lah maaf balik..jgn lah tak bertegur sampai 3 hari, 3 malam.
Wallahu Taala a'lam.. Tazkirah hari ni berkaitan waktu Maghrib. Waktu Maghrib ialah waktu yg paling singkat diantara 5 waktu solat fardhu. Ulama' ( ana dah lupa namanya) pernah berkata, waktu Maghrib ini hanya cukup untuk kita mmbersihkan diri dan berwudhuk, solat.
Ulama' meletakkan waktu isyak itu lewat krn utk berhati-hati. tapi, bukan bermakna, kita boleh suka2 hati nak solat maghrib lg 5 minit nak masuk Isyak. faham..?
Waktu di antara Maghrib dan Isyak adalah waktu yg baik utk kita beribadat dgn ibadat2 sunat smntara mnnti masuknya waktu Isyak. ana pernah baca hadis yg diriwayatkan oleh Aishah r.a. yg mafhumnya: waktu di antara maghrib dan isyak itu jgn disia-siakan dengan perkara2 dunia.
Wallahu Taala a'lam.  | Hadis. | Mar 24, '09 8:21 PM for everyone |
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda, "org mukmin yg kuat (jasmani & rohani) lebih disukai Allah Taala daripada org mukmin yg lemah. namun begitu, kedua-duanya sama-sama mempunyai kelebihan. jagalah agar kamu selalu dalam keadaan (situasi) yg bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu petolongan kepada Allah Taala, dan jangan bosan. jika engkau mendapat cubaan, jangan berkata, "seandainya (tadi) aku perbuat begini & begitu (tentu tidak akan begini jadinya)". tetapi ucapkanlah: "Allah maha Kuasa berbuat sekehendakNya" krn kata-kata "law" (seandainya) memberi peluang bagi syaitan.
dari kitab sohih muslim. Every morning on every news flash,
I hear the sorrow of the world
It seems like everybody's lost and scared
trying to make sense of it all
And as I travel to and fro, so many faces pass me by
I see lonely hearts living lonely lives just biding their time
And while we call ourselves civilised,
many people living empty lives
As they drone their way through day and night
Chorus: I pray for our world, I pray for every child
I pray for our world to be filled with smiles
Like the colours of a rainbow and not just black and white
I pray for our world to be filled with light
I pray for all of us, to choose the path that`s right
To believe in Allah, every day of our lives
In the evening on the TV news, I see images of war
I see brother killing brother with no consequence at all
And while those who claim to be leaders, sell us tales of deceit
But Allah alone know in their hearts what they reveal and conceal
And while we call ourselves civilised, we go on killing human lives
Too caught up in our own web of lies
Chorus
Every mother, every father, every daughter, every son
Don`t you see, that the answer lies only with the One
Chorus
(sy suka lagu Zain Bikha). Kadangkala kita merasa sedih disebabkan ujian yang menimpa kita. Ujian tersebut diuji oleh Allah SWT untuk melihat kekuatan dan kesabaran kita di dalam menghadapi ujian tersebut. Semakin dekat seseorang itu dengan Allah SWT, semakin tinggilah ujiannya. Antara ujian tersebut ialah kesedihan. Ketika Nabi SAW berada di dalam Gua Thur bersama Saidina Abu Bakar, Baginda telah menyatakan kepada beliau, “janganlah bersedih, Allah bersama kita”.
Jangan berputus asa dalam mencari Ilmu bila Ilmu yang dicari itu tidak mahu masuk kedalam sanubari, tapi bersabarlah,kerana air yang lembut itu apabila menitis keatas sebiji batu yang besar secara berterusan, batu itu pasti akan mempunyai lekuk.  Setiap hari kita perlu muhasabah diri... dan setiap hr kita perlu berazam mjadi yg lebih baik dr hari semalam.  Selasa, lps asar, 5.06pm, 18032009, Qatrunnada, dirasat, mansurah. =)  | TAQWA | Mar 17, '09 5:24 AM for everyone |
kenapa entah..laju jer air mata ..membasahi mata utk mmbersihkan mata. kan bnyak pasir mesir ni.
bila teringat kembali.. jiwa lemah. tu punca utama unsur2 lain mudah melekat di hati. xjaga pandangan. Iman xkuat. xde taqwa. xingat Allah. lalai.
bina lah jiwa yg kuat. mujahid perlukan skping hati yg kuat. hati yg benar2 bertaqwa. bukan kjap taqwa, kjap x. taqwa kpd Allah setiap masa.
bila jiwa lemah, unsur lain mudah singgah. xheran lah kalau ternngis pasal perkara2 dunia. perkara2 remeh jer. dibuai kesedihan. mukmin yg kuat, menyandarkan segala kesulitan yg dihadapinya kpd Allah...
xde masa yg dibazirkan utk yg selain NYA.
TAQWA setiap masa. Kalau tahu jatuh dalam parit itu menyakitkan, knp perlu dekati parit? bila terluka, sakit, nangis. luka tersebut pasti akan mengambil masa utk sembuh. bergntung kpd keadaan luka tersebut. klu parah, lama lah lagi tempoh nya utk sembuh. sembuhkan betul2. jangan dekati parit lagi, klu tidak, takut2, terjatuh lagi..manakala luka dulu pun xsembuh lagi.
hanya peringatan buat diri. smg kuat dan tabah mhadapi pelbagai dugaan. tempuhi dugaan dgn tenang dan sabar. =)
Jangan berputus asa dari rahmat dan kasih sygNya. Selamat Berjuang! =)  | aaa | Mar 13, '09 9:25 AM for everyone |
Salam..
Perbezaan Muhrim dan Mahram
Muhrim- mereka yg dalam ihram
Mahram- org yg haram dikahwini
ana mintak maaf bnyak2, sbb dalam artikel yg ana copy paste baru2 ni, tersilap muhrim dan mahram.
lain kali, ana nak buat posting ttg JUMUD pulak. bagi ana, ana bukan JUMUD. dan ana rasa, kalau nak tegur apa2 kesilapan dlm blog ni, lebih mudah sekiranya tegur kat shout box jer. daripada nak add dalam ym. sbb, ana xsuka add muslimin tnpa ada keperluan. -->>klu statement ni, ust2, ustzah2, doctor2, doctorah2, nak kata ana jumud, sila kan.
InsyaAllah, ana akan terima sbarang kritikan yg dberi.
Wassalam.  | Cerpen | Mar 8, '09 7:53 PM for everyone |
Pemuda itu sedang memberi motivasi kpd mujahid2 yg akan berperang pagi esok. "Jangan lupa qiyamulail mlm nnti, sesiapa yg lemah, akan ditinggalkan"
......
Kelengkapan2 perang menggunakan teknologi tercanggih ...........
....::: akan bersambung:::.........hihiihih
PeACe
Mujahid harus kuat menghadapi cabaran. Perlu berani ke hadapan. Kuatkan jiwa masing2, supaya terdidik dan terpandu bukan mengikut nafsu yg melulu. Satu petang, on the way balik rumah di dirasat...baru balik tafaquh. tiba2...kebabooommmmmmmm..bummmmm.. bunyi apa tu? hihhii ana pon xtau. tkjut jgak, tapi, masih belum terpilih syahid lagi. kdg2, eeeekkkkkkkk, ssstttrreeeeeekkkkkkkk...tu bunyi kereta berhnti mengejut. masa mula2, ingat kereta eksiden, tapi, dah lama2, rupanya ianya satu kebiasaan bagi pemandu2 di sini. bawak lajuuu2..lps tu, tiba2 jerrr sssssttttttttttreeeeeeeeeeeeeeeeeeettttt bhnti mengejut..mungkin, ada org, himar, kuda, atau kambing nak mlintas jalan...
kambing pun, beeeeeekkkkkkkk...terima kasih ye bagi aku lalu..beeeekkkkk hihihihihi
kat manusrah ni, ada satu jenis kenderaan yg x ditemui di kaherah. ada pun di alex, ana xpasti sbb xpernah pegi lg. sahabat2 ana panggil tut-tut. ana pun panggil tut-tut. hihihi tut-tut ialah kenderaan awam seperti teksi. tambangnya segenih. InsyaAllah, klu ada masa, ana ambik gmbar tut-tut, up load di sini.
sbnaqnya, ana nak masak ni. tapi, xtau nak masak apa..ana mncari2 resepi td. tapi, xde yg berkenan, sbb semuanya guna bhn2 yg xde di dlm rumah ni. jadi, ana rasa, ana masak jer lah menggunakan apa yg ada. nikmat yg ada harus disyukuri. =)
tadi, terbaca cara2 menghilangkan rasa sedih. nnti, ana copy paste.
tapi, disebabkan ana baru jer terjebak dgn rs sedih ni, jadi, ana dah reka cara tersendiri. cara ana: mengkebalkan perasaan dan emosi sekebal2nya. ingat balik, klu sahabat yg baik, dia xkan buat mcm tu. huhu jauhkan diri sejauh2 yg mungkin dr perkara yg boleh ingat kat kisah sedih tu. cth: klu ada blog yg pasang lagu mngenai sahabat, xyah baca terus blog dia . hahahahah apa lagi ye? buat2 xtau kita ada perasaan sedih. buat lah mcm, kita berjiwa pengganas. hahahahaha klu nngis pun, buat2 xnngis, cakap kat diri sndiri, woiiii, knpp kau nak nngis ni?? kau xnak nngis ke pasall dosa kau dah bnyakkk awi2??? kau niii..kau nngis pasal apa haaa??? kau takut Allah ker tak??? woiiiiiiii...tuu pon nak nngis ker???? mujahid kena kuat lah! mcm mana nak jd mcm muhamad al fateh? kuatkan jiwa seperti yg dpelajari. doa bnyak2.... air mata hnya utk Allah...... segala2nya hnya utk Allah.. sabar, cari kehappian dgn cara tersndiri. berborak2 dgn kawan2, buat lawak, gelak2, masak2, buat laaa apa saja, asal diri busy.
Tu cara ana... boleh jer nak tiru hihihihi
MUJAHID kena kuat!!..tapi, kdg2, ana rasa mcm bila2 masa jer boleh 'breakdown' . bila rs mcm ni, kuatkan lah balik jiwa anda...Allah ada, kita org ISlam, kan?...belajar dan beramal. al quran bnyak lg xhafal, kitab2 tersusun kat rakk...baik baca. drpd nngis.  | Tag? | Mar 2, '09 9:40 PM for everyone |
Lambatnyer internet ni. Banyak kerja nak buat lps ni. kul 4-5 nak gi tafaqquh klu sempat. esok pagi, ust nak dtg ambik kotak kargo kami. InsyaAllah, tahun ni tahun terakhir ana di sini. ameen..
Blog ana teruk sgt ye? mcm lelaki ker..? tulisan2 ana kasar sgt ke? tu cuma skadar tulisan jer. cth: kdg2, ana tulis gelak mcm unta huehuehueh..tapi, realitinya, ana xgelak mcm tu. hehe. hnya mereka yg mengenali sy jer th sy mcm mana. xdapat nak cerita sy mcm mana sbnarnya. rendah sikit dari Bangunan twin tower kat KL tu, bukan spesis Dinasour atau adik beradiknya. sbb ana manusia hehehe...
kadang2, ana menulis untuk menghilangkan rs sedih, dll. xper lah klu nak kata ana kuat emosi pun. xper2. sedihnya. nngis pun, xde lah menjerit smpai satu Mesir dgr ...pun.
salah ke klu ana guna huhu, hehe, hahaha, wahahahaha, wakakakakkakaka..mcm menyalahi adab seorang muslimah. tapi, realitinya xbuat mcm tu. skadar nak mlpskan tension dan sbgainya.
ana lebih suka tulis bhn ilmiah sbnarnya..sbb bila tulis mcm ni..malu awi2.
Pendapat ana mengenai blog Syinrayafa ialah: blog ni bnyak ttg politik. ada copy -paste. klu dia tulis sndiri, ana ssh sikit nak faham..kena baca bnyak kali, sbb pekat Terengganunya. hehe Maaf .
ok, sedikit perkongsian:
kata ibnul qayyim: 5 perkara yg menggelapkan hati:
1 Banyak angan-angan
2 Pergaulan bebas
3 Mengharap selain dari Allah
4 Banyak makan
5 Banyak tidur.
Waalu Taala a'lam.. Setiap Hari kita pasti perlu memilih. Seawal bunyi kambing2 dan himar2 di atas rumah, dan suara Bilal mengumandangkan azan, kita dah boleh pilih sama ada nak terus berada dalam selimut tebal atau membersihkan diri, berwudhu' dan solat Fardhu Subuh..ada lagi pilihan...sama ada kita nak buat solat sunat wudhu' dahulu, kemudian solat sunat sebelum subuh atau...terus jer Solat Subuh. ada lagi pilihann...sama ada kita nak terus solat sendirian, atau solat Jemaah dimana, keutamaan solat Jemaah tidak dapat dinafikan =) dan lebih bnyak pilihan2 yg boleh kita buat selepas itu...
Bila ada pilihan, kita perlu memilih. PILIH yg mana suka. ye ker? klu dalam exam pun mcm tu, jwbnya, ada potensi gagal lah kan? hehe...
KALAU kita pilih apa yg kita suka jer, yg berkenan pada nafsu, senanglah kan? Nafsu ni sentiasa menyuruh ke arah kejahatan. dan kita perlu mendidiknya agar tenang dengan pilihan yg kita buat. sbb, pilihan yg bakal kita buat bakal buatkan nafsu kita memberontak..dan menunjukkan rs ketidak puas htnya..huhu
Jadi, Pilihlah yg di redhai ALLAH SWT.
Istiqamah didik nafsu. mula2 mmglah nafsu mmberontak..mcm anak kecil..yg nak mainan, dia mintak2 kat mak dia suruh belikan, tapi mak dia xnak belikan. mula2, menjerit smpai satu Mesir leh dgr..lama2, diamlah dia.. begitu juga diri kita.
Time for muhasabah our self. muhasabahlah diri memasing ye. ana muhasabah diri ana sorang jer huehuehueh. malu nyerrr bila ingat balik ksilapan2 yg kita pernah buat. malu jiddan2. (sgt2) TAk pe, rilekkklaaa hehehe..leh lak aku tulis cam ni. kita manusia biasa jer kan..bukan maksum. jadi, kita perbaikilah diri dari hari ke hari.... jadikan Rasulullah saw contoh ikutan. nak tahu mcm mana akhlak , sifat Nabi, bnyakkan mmbaca..kitab sirah, dan hadis..=)
........ perempuan ni, kuat emosi? betul ker..? hari tu, ana berborak2 dgn ahli bait ttg perbezaan llki dan ppuan..
> ppuan ni kuat emosi ke? llki lain eh? > haah.... >mcm mana? >llki ni, diorang klu marah, diorang xtunjukkan kemarahan diorang..lbih suka diam je..x terus berkata2...dia cool jer.. ppuan lak, klu dah marah haaa hbs lah...dia kan terusss jerr berkata2...pastu lma2 br dia fikir balik, pastu timbul rs bersalah..pastu mintak maaf. >hahaha...yer ker? hahahahahaha...haah lah kan...hehhe > sbb tu, talak terletak pd tgn llki. > haah lah kan. betul3. =)
saja je ni, dah teralih topik pulak.. sejauhmana kbenarannya..ana pon xtau. tapi, ada betul nya jgak..cuma, ana rasa ada jer llki yg panas baran. klu marah, hbssss laa..klu x, tak kan lah jd kes suami dera isteri, dera anak..dll. betul x? hehe...
ana suka mintak maaf klu dah wat salah..hehe ksimpulannya? ppuan kena kuatkan jiwanya. supaya emosinya terdidik...terpandu, terkawal...sbb tu, ppuan kena sgt dekat dgn Rabbnya. =) betul2.
Allah Taala a'lam. 1. Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah. Ketawa itu lambang kelalaian. Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat di hadapan manusia menghilangkan maruah diri.
2. Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.
3. Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.
4. Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.
5. Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu cepat melahirkan sifat marah, suka memotong percakapan orang, suka bermujadalah yakni bertegang leher, nampak di mukanya rasa tidak senang jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis, bercakap meninggikan suara, pantang ditegur, tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.
6. Orang yang sudah hilang sifat marah (dayus), cepat melahirkan sifat marah (lemah mujahadah). Orang yang ada sifat marah tapi dapat disembunyikan kecuali di tempat-tempat yang munasabah inilah manusia normal.
7. Tahu diri kita hamba itu adalah ilmu, merasa diri kita itu hamba itu penghayatan, yang kedua inilah akan lahir sifat tawaduk, malu, khusyuk, takut, hina dan lain-lain lagi sifat kehambaan.
8. Jika kita mengingati dosa, kita tidak nampak lagi kebaikan kita, apatah lagi untuk dibanggakan.
9. Lahirkan kemesraan kita sesama manusia kerana itu adalah haknya tapi jangan putus hati kita dengan ALLAH, ini adalah hakNYA pula.
10.Apabila rasa senang dengan pujian, rasa sakit dengan kehinaan menunjukkan kita ada kepentingan peribadi, tanda kita tidak ikhlas membuat kebaikan. Assalamualaikum wbt.
Satu persoalan yang perlu dibincangkan ialah ramai yang mencari pasangan dan mencari teman dengan chatting. Apakah prinsip Islam yang perlu kita pegang dalam hal ini ?
Hal ini sudah menjadi lumrah hari ini terutamanya di kalangan remaja, tanpa mengira apakah batas yang ada pada Islam supaya aspek moral tidak diabaikan. Seperti yang diketahui, segala jenis peluang samada negatif atau positif terdapat dalam teknologi moden. Walau apa pun, yang jelas muslimin dan muslimat tanpa mengira umur turut menggunakannya lantas bertanggungjawab kepada Allah S.W.T. yang telah memberi kita segala kemudahan dan kemewahan teknologi.
Kita tidak boleh tersasar daripada panduan yang Allah S.W.T. telah gariskan. Internet chatting sebenarnya sama seperti menulis surat kepada seseorang ataupun menelefon seseorang ataupun sebenarnya adalah kombinasi kedua-duanya. Muslimin dan muslimat perlu mengikut batas-batas yang telah ditetapkan ke atas percakapan dengan telefon ataupun menulis surat. Islam tetap mengharamkan penulisan surat-surat cinta ataupun perbualan yang intim dalam perbualan telefon antara muslimin muslimat yang bukan muhrim antara satu sama lain.
Di dalam perbualan, penulisan ataupun chatting , kita mesti menegakkan sifat HAYA' ataupun malu. Muslimin muslimat tidak diizinkan berchatting hanya untuk bersosial ataupun sebagai hobi. Adalah haram untuk muslimin muslimat yang bukan muhrim berchatting dalam jangka masa yang panjang kecuali keharusan untuk perniagaan ataupun pendidikan. Semua bentuk interaksi hendaklah sopan. Al-Qur'an telah mengingatkan kita berulang-ulang kali bahawa semua perkataan akan dicatat oleh para malaikat dan kita akan dipertanggungjawabkan ke atas perkataan yang telah kita gunakan nanti. (sila rujuk AL-AHZAB 33 Aya 70 & QAF 50 ayat 18)
Jika seseorang itu bertemu dengan seseorang melalui internet dan berniat untuk berkahwin, hendaklah ia melibatkan orang lain ataupun ibu bapa dalam berchatting. Hendaklah orang lain itu melakukan siasatan dan rundingan bagi pihaknya. Bukankah lebih baik jika chatting itu ditemani orang lain ?
Islam mengharamkan Khalwah (duduk bersunyi) di antara muslimin muslimat yang bukan muhrim. Dalam hal ini, khalwah secara virtual boleh terjadi dengan perbualan melalui internet ataupun telefon. Sebagaimana diharamkan bersunyi-sunyian dalam keadaan fizikal, begitu juga bercakap melalui telefon atau chatting, lebih-lebih lagi interaksi itu berkaitan perkara yang peribadi.
Kita juga harus berhati-hati sebelum diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsu akan faedah yang kononnya wujud dalam berchatting dengan golongan yang bukan muhrim atau seseorang yang entah diketahui siapakah dirinya yang sebenar. Kekadang kita tidak sedar sedang ditipu dan diperdaya dengan nama-nama samaran serta lakonan orang yang sedang berchatting. Bukankah Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: ( Daripada tanda keelokkan (kesempurnaan) imannya ialah ia meninggalkan apa yang tiada sangkut paut dengan dirinya) Hadis Riwayat Tarmizi.
Sama-samalah kita memikirkannya... Di Sebuah Taman Kota Kosmopolitan 2001… Para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta di taman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.
Apa yang terjadi sebenarnya? Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan dan saling berciuman sehingga begitu sukar pihak bertanggungjawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Di dalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tanda tangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. AstaghfirulLah…!
Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau… Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia.
Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.
Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!” Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur.
Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya. Subhanallah!!!
Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA.
Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kita mungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!!
Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.
Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja. Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani.
Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?
Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta “suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk dinikmati.
Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau dalam segelas ‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang ‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta.
Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti berkhalwat (berdua-duaan dengan bukan mahram), berkasih-kasihan lelaki dan perempuan, berpegangan tangan, mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na’udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri demi cinta.
Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul ‘Alamin.
Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.
Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya.
Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya.
Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.
Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini?
Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian indah dan asli irama cinta sejati.
Note: Mesti baca.. Sangat menarik !  | Guestbook | |
 | Salam ziarah..Enti kusza?? batch bile ye?? ana kusza jgk..Salam Ukhuwwah.. |
 | Assalammualaikum.. dah terlalu lama sy xbuka laman ni..(bnyak comment) maaf semua. sy sllu buka blog sy di:www.pedangislam.blogspot.com] doakan sy..exam 16hb 5 ni. |
 | Blog ini sudah zafan add, jika berkenan bs di aceppt, TK = terima kasih :) |
 | Salam kenal dari zafan ya :) |
 | salam...tumpang lalu tuan rumah |
 | Assalamu'alikum, salam ukhuwah dari Ana & syukran atas berbagai hikmah yang ana temukan seusai melayari site ini. Jazakallahu ahsanal jaza, wassalamu'alaikum!!! |
 | hebat jugak site ini ... time kasih kerana sudi singgah di halaman saya |
 | sedihnyerrrrrr nak balik mlysiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
|
 | Assalammualaikum...kak As. haah ni farizah. |
 | salam ukhwah dri naeiim,,:) |
 | What a nice site you have.....
|
 | Waalaikumsalam... alhamdulillah, kuntu bikhoir.. salam ukhuwah. ukhuwah fillah. |
 |
nyn91 wrote on Aug 8, '07 assalamualaikum. . . salam perkenalan,salam ukhwah... =) kai faha luki?? |
 | salam ukhuwah jugak...wa salam perjuangan aidon. berjuang shingga akhir nafas. takbir..Allahu Akbar!!!! |
 | salam ukhuwah..salam perjuangan.. |
 | salam...nice page..kebiru-biruan..:) |
 | Itulah masaalahnya kalau dah minum mabuklah kita jadi waspadalah kerana kenikmatanArak tu......ada disyurga tak di katakan mabuk pulak jadi pilihlah kesyurga atau ke neraka.Ke Neraka aku tak mahu ke syurga aku tak mampu.........kalau mabuk tu buat apa nak minum.Dah mabuk habuk pun tak tahu apa yg akan terjadi.Setiap manusia berlainan kategori,belum tahu kita dikatogeri tan mana.Kalu jadi pembunuh ke,panas baran ke,perogol ke belum tahu. Apa kejahatan yg paling paling jahat didunia? adakah perogol? adakah penzina? adakah pembunuh? |
 | Sorry tak jadi pulaj Pasal terpandang tang mimpi tu. Ni yg mengejukkan saya mungkin dah di takdirkan untuk saya bercerita pasal model.Sepereti kata Rosyam Nor. Itu adalah petanda baik yang madn anda perlu tempuhi dialam semesta ini setiap yang dijadikan Allah itu memang ada kelebihannya dan.......sekiranya tiada undang undang tiada halal haram mungkin ia dipanggil air annggur.Tapi atas dasar keislaman dan kita percaya adanya Tuhan disitu lah terpancarnya hukum hala haram yg perlu kita patuhi ada yang baik ada yang tak baiknya.Kalau semuanya baik perlu apa pada hukum dan sekiranya semuanya tak baik hancur leburlah dunia ini.Itu lah petandanya yang tahu perlu menyibarkan kepada yg tak tahu dan begitulah lumrah alam, Modal adalah suatu anugerah yg diberikan oleh Allah dan sudah semestinya ia akan memberi suatu inspirasi untuk kita sebagai satu topic atau tajuk untuk dibincangkan apa itu arak?.............. |
 | Ye ke......nampak macam dia ni mesti Pelajar Kudza.... |
| |