1....Mengelakkan hati dari menjadi lemah (lesu), kerana sesungguhnya dengan melepaskan pandangan terhadap perkara yang haram akan mengekalkan hati di dalam kelemahan. sesuatu keburukan di dalam hati adalah disebabkan oleh pandangan terhadap perkara terlarang.
2.....Menimbulkan cahaya di dalam hati yang mana kilauannya dapat dilihat di mata, wajah dan perbuatan. sedangkan dengan melepaskan pandangan akan mewariskan kegelapan dan kegundahan (sedih)
3.....Menyebabkan sejahteranya firasat, adapun sihatnya firasat terhasil dari cahaya dan kelebihan menundukkan pandangan. berkata Syaja' Al Karmaani Rahimullah Taala: " Barangsiapa yg zahir umurnya mengerjakan sunnah, sedangkan batinnya sentiasa bermuraqabah, menundukkan pandangannya dari perkra2 haram, mengawal dirinya dari syahwat serta memakan makanan yg halal tidak akan tersilap firasatnya". sesungguhnya Syaja' tidak pernah tersilap di dalam firasatnya.
4....Terbuka baginya jalan2 dan pintu2 ilmu serta di mudahkan untuk memperolehinya disebabkan terangnya hati. sedangkan mereka yg tidak mengawal pandangan akan mengeruhkan serta menggelapkan hati, maka tersekat dan tertegahlah baginya pintu ilmu.
5....Menguat, meneguh serta memberanikan hati (diri). Allah SWT menjadikannya berkuasa terhadap pandangannya dan keperluannya (tidak menurut hawa nafsu). bagi yg menurut hawa nafsunya akan menjadi hina dan lemah hatinya.
6...Menjadikan hati sentiasa gembira dan ceria melebihi kesedapan pandangan terhadap perkara yg haram. tatkala mengawal kesedapan pandangan dan menigikat nafsu krn Allah SWT nescaya kan digantikan dengan kegembiraan dan kelazatan yg lebih baik dari keduanya. berkata sebahagian ulama': "Demi Allah SWT sesungguhnya kelazatan menjauhi perkara yg haram lebih besar dari kelazatan melakukan dosa. tidak ragu lagi jika engkau menyalahi nafsu nescaya akibatnya adalah kebahagiaan dan kegembiraan yg lebih sempurna dari kelazatan menuruti hawa nafsu". Di sinilah berbezanya antara akal dan hawa nafsu.
7....Membebaskan hati dari tawanan syahwat, tidak ada tawanan yg terlebih buruk dari tawanan syahwat dan hawa nafsu yang merampas segala kekuatan dan kemampuan.
8....Menutup pintu dari pintu2 neraka, sesungguhnya pandangan yg bersyahwat membawa kepada berlakunya maksiat, larangan Allah SWT merupakan benteng yang menegah dari terjebak ke dalam perlakuan haram. apabila benteng ini direntap makan akan menggalakkan lagi berlakunya perkara terlarang.
9....Menguat, meneguh dan menambahkan akal, manakala melepaskan pandangan akan mengurangkan akal serta menjadi bodoh dalam berfikir dan melesukan hati.
10...Membersihkan hati dari kemabukan syahwat dan leka dalam kelalaian . pandangan yg haram akan membawa kepada kelalaian dari mengingati Allah SWT dan hari akhirat.
faedah2 yg dsebutkan di sini hnyalah sedikit, tetapi yg pentingnya adalah kita meninggalkan perkara yg haram ini krn kita amat berharap kpd rahmat dan nusrah dari ALLAH SWT untuk bergerak dalam kesatuan Islam.
berkata ibnu Abbas: syaitan dalam diri lelaki itu pada tiga perkara, pada pandangannya, pada hatinya, dan pada kemaluannya, dan pada diri perempuan itu pada tiga perkara, pada pandangannya, pada hatinya dan pada ketuannya (cantik).
berkata Umar bin Abdul Al Aziz: sesungguhnya aku lebih khuatir dengan banyaknya dosa dan kesalahan yg dilakukan oleh manusia daripada hebatnya tipu helah dan perancangan musuh.
berkata al harist al muhasibi: sesiapa yg memperbaiki batinya dengan muraqabah dan sifat ikhlas nescaya Allah SWt akan menghiasizahirnya dengan mujahadah dan mengikut sunnah.
berkata imam Ali r.a: org yg membawa satu berita keburukan org lain kpdmu, akan menceritakan pula keburukanmu kpd org lain.
berkata imam al khawas: lima penawar hati: 1 membaca al quran dgn mentadabbur ayatnya... 2 mengosongkan perut dengan berpuasa.... 3 solat di tengah malam... 4 berfikir ketika waktu sahur... 5 duduk bersama org soleh....
| |
|